






Konjunktivitis adalah keradangan pada bahagian konjunktiva ataupun lapisan tisu nipis yang melapisi bahagian putih mata. Keadaan ini akan membuatkan konjunktiva mata anda kelihatan sangat merah.
.
Konjunktivitis ini terjadi disebabkan oleh jangkitan daripada bakteria, virus ataupun alahan.
.
Antara simptom konjunktivitis adalah mata merah, mata gatal, mata berair, penglihatan kabur, mata rasa berpasir dan tahi mata melekit kuning dan banyak lagi.
.
Konjunktivitis bakteria atau virus sangat mudah untuk berjangkit dengan orang lain disebabkan oleh sentuhan. Tanpa kita sedar, kita mungkin tersentuh mata kita selepas bersentuhan dengan pesakit yang ada jangkitan ini.
.
Di MATA Optometrist Centre, kami boleh melakukan pemeriksaan mata yang melibatkan kesihatan di bahagian luar mata.. Surat rujukan kepada doktor pakar mata akan diberikan sekiranya rawatan lebih lanjut diperlukan.
