Masalah Mata Juling@Mata Malas di kalangan kanak-kanak rabun.
.
Ambliopia @ Mata Malas merupakan keadaan dimana penglihatan mata yang lemah disebabkan oleh mata yang tidak mengalami penglihatan mata yang optimum sepanjang tempoh tumbesaran kanak-kanak tersebut. Kebiasaannya, hanya satu mata yang terkesan oleh ambliopia, namun, tidak mustahil ianya boleh berlaku pada kedua-dua belah mata. Keadaan ini adalah normal, dimana, ianya merangkumi 3% daripada manusia di seluruh dunia.
.
Mengenalpasti mata malas adalah sesuatu yang sukar dilakukan tanpa ada latihan yang khusus. Pegawai optometris boleh mengenalpasti masalah mata malas dengan kaedah tertentu dan memberikan penyelesaian untuk masalah tersebut. Sering ibu bapa salah faham tentang keadaan mata juling pendam, mata juling, mata malas, dan masalah saraf mata.
.
Di MATA Optometrist Centre, kami boleh melakukan pemeriksaan mata yang melibatkan kesihatan di bahagian luar mata.. Surat rujukan kepada doktor pakar mata akan diberikan sekiranya rawatan lebih lanjut diperlukan.